Sunday, December 30, 2012

Terakhir

Sekarang jam tepat pukul 3 pagi.
Baru lepas settlekan dua lab report.
 Pheww tak pernah aku segigih ni bila cuti.
Jadi cerita dia ni post last untuk tahun 2012 kan ?
Sebenarnye takde point pun update entry kali ni.
Hmm, so lagi sehari je nak masuk tahun baru.
Alhamdulillah. Azam 2012 hampir tercapai semuanya. Dan banyak benda yang bukan dalam wishlist pun aku buat. Jadi untuk 2013 ni, aku kena curi masa sikit, p duduk tepi pantai ke, panjat mana-mana rooftop ke, duduk bawah jambatan ke, ataupun cari mana-mana tempat yang boleh buat aku tenang. Dan bila aku dah tenang, barulaa aku boleh buat refleksi diri. Soal balik apa masalah sebenar aku, apa lagi yang tak cukup dalam hidup, macam mana nak buang tabiat buruk, macam mana itu macam mana ini. Lepas tu baru boleh set betul-betul aku punya goal baru. Okay tu jelah kot kata-kata lebat dan membajet aku untuk tahun 2012 ni. Kepada korang-korang yang membaca, doakan kejayaan aku di dunia dan di akhirat dan sama-samalah kita menuju kejayaan, InshaAllah. Selamat Tahun Baru.

Friday, December 28, 2012

Sudahlah

Lapar ?
Kau pun menuju ke restoran.
Seronok kan ?
Kau sampai.
Pilih tempat yang selesa.
Lalu, kau pun belek-belek menu atas meja.
Kau beri pesanan.
Kau tunggu makanan sampai.
Lambat ? Kau marah, kau geram.
Dah sampai, kau mengadu lagi,
Kau makan, selesai sudah ?
Bukannya licin pun pinggan,
Mengadu, makanan tak sedap,
Kau bezakan dengan restoran sebelah,
Ini tak betul, ini salah, semuanya tak kena.
Dasar manusia suka memilih !

Kau pilih tempat selesa ?
Tempat pun perlu sempurna.
Cuba hidup di rumah kipas tiada.
Harapkan tingkap di rumah sahaja.
Perlu lagikah tenmpat sempurna itu ?

Kau belek-belek menu ?
Makanan, perlu memenuhi kehendak hati. 
Jikalau nafkah tidak mencukupi ?
Memang perkara biasa makan telur gorang dengan nasi ?
Perlukah lagi memilih daripada menu ?

Makan tak licin ?
Yang tidak mampu, kau tanyalh mereka,
Nasi sebiji pun saya rasa tak ditinggalkan,
Pinggan licin seolah-olah sudah dicuci.
Nak tinggal lagi daging seketul itu ?

Kau mengadu lambat ?
Makanan akan sampai juga, sabarlah.
Bukan suruh puasa setahun,
Kau lihat budak budak di Afrika,
Berebut-rebut ingin makan,
Kau ada juga makanan daripada tak ada langsung.
15 minit, untuk kau, lamakah lagi ?

Syukurlah, manusia berkemampuan. 
Belajar bersyukur.



Dipetik dari sebuah buku yang bertajuk RAWSAK by RABAK-LIT. Ditulis oleh Madelene. Nice book. Kena dengan jiwa. Aku suka. So aku tulis balik. Harap writer tak marah aku sebab copyright. Aku cuma nak menghargai karya beliau. Korang-korang mari kita support karya-karya penulis indie macam diorang ni. Peace !

Thursday, November 29, 2012

#TipsElakDirogol - Otak melayu

Salam sisa-sisa cuti sem.
Baru-baru ni trending kat twitter pasal tips elak dirogol. Aku tak taw la manusia mana yang start hashtag ni dulu kan. Tapi menarik jugak bila aku baca tweet2 diorang. Mostly yang tweet pasal benda ni kaum lelaki. Mungkin masa hashtag ni tengah up kat trending garena punya server down, jadi mereka tak boleh main dota, PES dan Fifa'13 lalu melayan trending di twitter. Atau mungkin mereka membaca hashtag ni sebagai 'tips selak' lepas tu tereksaited lepas tu tetttttt tetttt terus semangat nak follow trending.  Lepas tu pungpangpungpang laa dia tweet tips elak dirogol yang kononnya cam nak nasihat pompuan itu ini supaya tidak dirogol dengan cara yang sumpah kreatif, cam nokharom sikit, cam zzzzzzz, cam babs, LOL banyak, haha okay2 cukup. Baca jelah bawah ni.

1) #TipsElakDirogol: Sependa letak sambal belacan + ikan belacan + sisa makanan + and all of that smell like this.. so confirm perogol tak dekat.
Haha macam babs ni. Takkan laa setiap kali aku nak keluar rumah kena pi tombok sambal belacan perah limau sesedap rasa. Sisa kari lunch tadi aku simpan pastu mak tanya dah kenapa sisa pun nak simpan-simpan, then aku jawab nak letak kat sependa supaya tidak dirogol. Ohhhmygodddd ! Muntah hijau !

2) #TipsElakDirogol: Pakai la panties besi and letak sign ' Do not Touch, Electricity Caution'
Yang ni mesti kes banyak tengok citer Scary Movie mahupun Project X. ehhhhh. Panties besi ade karen. Hmm konsepnya sama cam panties, tapi tak perlu basuh cuma kena recharge utk kasi tambah power. Fuyohh fuyohh ! Jadi tiada siapa yang boleh menyentuh bahagian anda. Mohon Watson mahupun Guardian jual benda ni kasi letak harga mahal nokharomm sebab aku takkan beli sebab tak cool bagi aku. Entah !

3) #TipsElakDirogol: Biar bulu ketiak lebat, nanti bila ada orang nak rogol, angkat je tangan tu biar nampak bulu ketiak.
Sape yang sanggup bela bulu ketiak semata-mata nak menggelikan perogol tanpa memikirkan kegelian dan kekotoran diri sendiri memang legend wa cakap sama lu. Lagi legend bila bulu-bulu lain turut serta. Perghhh. Ni bukan takat perogol je lari, lalat pun taknak dekat, nyamuk pun konfius kau ni manusia ke orang utan, kau pandang cermin pecah terus sebab cermin pun taknak terima kau. Berhutan !!!! fapfap takleh pakai tips ni puihhh. Orang yang tweet ni mesti ada pengalaman tak bercukur bertahun-tahun sampai geli kat diri sendiri. hahahaha.

4) #TipsElakDirogol: Buat mata juling, tangan buat rock, jalan senget2, acah2 OKU sikit. 
Bhahahahahahaha !! Sepuluh kali aku bayangkan jalan kat shopping mall camni semata-mata nak elak dirogol. Ni kalau aku praktikkan beberapa minit pun memang takde orang nak dekat dah. Tapi perogol ni mana kisah kau tu betul ke gila ke fi'il cam mariam citer budak cacat tu ke, janji kau perempuan, dia sapu. Kau sexy tu bonus bagi dia atau dalam erti kata lain, enhancer, catalyst, hornist kot blablabla..

5) #TipsElakDirogol: Relakan aje.. Confirm lari dari status 'dirogol'
LOL. LMAO. LMFAO. WTF. STFU. Godai. Get a life. Hashtag lawak hambar.

Jadi dalam trending tips elak dirogol ni tak semuanya cam sengal nokharom babs kelaut and etc. Tak semua. Ada jugak rakyat Malaysia yang tampil dengan pendapat yang bagus, style lawak kampus antarabangsa tapi still real. Contoh camni.

6) #TipsElakDirogol: Jangan nak menggatal. Jangan pakai macam takde duit nak beli kain. Perangai jaga. Jangan jalan tempat gelap. Jalan ramai-ramai. 
5 in 1. Complete. No comment. Hashtag sentap.

7) #TipsElakDirogol: Don't show off your buah-buahan if you don't want burung-burungan kacau you.
Bunyi macam bahagia je. Macam dalam taman gituuu ade buah, ade burung. Auwww. Tapi yang dimaksudkan dalam kes ni aku rasa korang sendiri faham. Hihik ni mesti kes voters setia group Balas Raja Lawak. Pro je double meaning punya joke.

8) #TipsElakDirogol: Tu sebab Allah sediakan doa keluar rumah, ayat pelindung, ayat Kursi. Baca laa.
Hmmm baik ustaz. *tunduk tanda setuju

9) #Tips ElakDirogol: Berhijablah dengan sempurna. True muslimah is really beautiful, even barbie get jealous. The hijab protect you pride.
Ya Allah. Mohon aku dijodohkan dengan si penuit ini. Zzzzz

Tapi ada jugak yang take it as serious matter sampai marah-marah cakap this issue shouldn't be trended, terlampau sensitive, berbaur racist, gedebakgedebuk bawak gaduh. Why so serious? Pandai la korang nak nilai mana yang baik and buruk. Ni semua random je dari kepala otak aku. Blog gua, gua punya suka nak tulis ape. Kalau ade yang terasa sorry. Hikhik.

Credit : @AmirAzimm, @WhyMustDaniel, @AlphaJoker7, @ian_alii, @CtSyfqh, @AsmarAsra, @NazimNasri, @IamEzard


Tuesday, November 20, 2012

Reminiscence #1 : Arau - Cameron Highland

So basically, masa sem 3 Diploma Sains, kitorang kena pegi field trip untuk subjek Biology. Bersempena dengan pembelajaran tajuk Ecology, so kitorang kira cam turun padang laa untuk mengkaji ecosystem yang terdapat kat sesebuah tempat tu (skema syal aku puihh). Hmm mohon google sendiri laa kalau nak lebih penerangan pasal eco eco ni sebab ni bukan portal education mahupun student portal. Heh. Okay ! Jadi kitorang telah pergi ke Cameron Highland dalam bulan 7 camtu, untuk buat research ni. Actually takde la banyak sangat kerja kena buat pun. Leisure time, jenjalan, keluarkan asap drpd mulut, shopping produk strawberry termasuk bantal dan ronggeng (Y) !

Day 1 : Bush ecosystem - Ceritanya kitorang stop jap tepi highway untuk tengok ecosystem dalam semak bla bla bla.. benda ni sumpah bosan. Nak citer detail2 pun macam tak perlu heh, Aku tengok je budak group aku buat quadrant semua. Hmph !




So, tak banyak sangat aktiviti buat time first day tu. Malam tu ade satu peristiwa time shopping kat night market. Aku terpisah ngan classmates so aku jalan2 shopping sorang2. Pastu aku sipi nak kena tinggal sebab tak jumpa kat mana tempat parking bas. Sobsss malas citer panjang2. Habis hari pertama.

Day 2 : Forest Research, Strawberry Park, MARDI, Cameron Valley, Jalan-jalan cuci mata ! 



lepas buat kije jadi tarzan yeehaa ! 


Classmates. Yep semua perempuan. Pm saya untuk nombor hikhik :) 

 


Teh serai. Saja buat kerja gila buang angin kuikui




MADMARKETS!!! 

Long day. Buat kerja dalam 2 jam pungpang pungpang amik reading itu reading ini, pastu leisure time sampai malam. 

Day 3 : Shopping lagi, Taman lebah, Rose Garden, Kuala Sepetang, Taiping







Haih. Okay jujurnya dah 2 minggu lebih post ni dalam mode draft. Finally siap jugak *lap-lap peluh. Nak convert gambar2 via DSLRpinjam yang bersaiz obes memang mencabar boiling point aku. Credit to Arezam Wakaka and Kila for the pictures. Jadi pejam celik lagi 2 minggu je lagi nak bukak sem baru. Aku pun dah rindu geng2 surau aku kuikui. Semoga sem depan lebih baik daripada sem-sem lepas especially sem 3. In Sha Allah :)

Tuesday, November 6, 2012

BIG FREAKING BANG !

Salam ghetto electro !
Satu sem tak update blog. So sempena cuti yang mendap ni aku nak try cover balik benda yang aku nak cerita tapi tak tercerita-cerita. Tapi kali ni aku bagi laluan dulu kepada event penting yang aku pegi ni. Cehh ayat bajet retis. Baru-baru ni untuk pertama kalinya aku pegi konsert yang besar. Sebelum ni pernah laa jugak layan live performace tapi yang kecik2 jela. Kalau diorang baling poster ke ape ke dapat laa jugak aku grab. Free entrance. Artis local. Well. Ceritanya tak plan pun nak pergi konsert ni. Mana tak nye, konsert hari Sabtu aku baru beli tiket hari Khamis sebelumnya. Free standing kan. Budget low. Ni semua hasil hasutan kakak2 aku dan mak aku dengan sportingnya bagi green light, maka melayang RM191. So dengan tidak sopannye pada hari raya Aidiladha yang kedua, kami berangkat ke KL untuk melagha di BIG BANG ALIVE GALAXY TOUR !


Ceritanya sampai-sampai je stadium dalam pukul 4 lebih orang dah macam cirit. Sungguh ramai muda-mudi, cina-cini, ade jugak 2 3 nindia sesat layan kpop jugak, satu family pun ada, memang macam-macam la. Aku terpaksa tahan jap nafsu beli merchandise sebab ticket aku tak redeem lagi. Cari booth Redtix pusing 2 3 kali baru jumpa. Nasib la booth tu memang dekat dengan Gate 4, CAT7 punya ticket category. Lagi nasib baik bila kitorang tak beratur pun nak masuk stadium, ni jahat. So konsertnya start pukul 8. Tapi pukul 6 dah ada dalam stadium -__-. Ohh ade cerita nasib baik lagi. Sepatutnya tiket kitorang CAT7 free standing. Tapi sebab security yang tak berapa nak secure, kitorang cilok punya cilok dapat duduk kat CAT5 dimana harga tiketnya RM288 ! Nice menipu memang nice ! So 2 jam sebelum konsert tu, layan MV Bigbang kat bigscreen, practice chanting semua ! Time tu memang dah excited sia laa dengan sound system dia yang boom gila tu. Pastu dengan hujan lebat tahap kucing anjingnya lagi, haa yang ni pun nice sampai tak terkata >_<. So ni beberapa shot yang sempat aku amik. Gambar yang tak lawa tu shot drpd camera bb curve yang sumpah loser haihh =='


Crown lightstick pinjam. Nak beli sendiri sangatlah mahal hhmmpphh ! 

 

From CAT7 to CAT5. Sebenarnye kalau nak puas dekat CAT7 la. Free standing boleh moshing2 sikit time Fantastic Baby dengan High-High. Tapi sebab aku pergi konsert dengan orang berbadan besar dan tak larat berdiri lama-lama, so mereka prefer duduk. Tapi time konsert dekat tempat seating semua berdiri jugak. Bangang. 






Ni time BigBang perform lagu Blue. Mission succeed ! Cantik sangat time ni


So after konsert sempat laa grab unofficial tees berharga RM20 dan buttons tiga RM10. Kalau ikutkan hati semua benda aku nak beli time keluar stadium tu. Recycle bag, cheer towel, kipas, lightstick, big poster semua lelong. Tapi sebab rushing sangat and orang sekali lagi macam cirit sampai nak jalan pun susah. Pasal performance, overall memang puas hati sangaattt ! Sound system memang terbaik ! Suara diorang memang clear gila. Have fun sampai diorang sendiri admit yang crowd kat Malaysia is the best crowd so far. Taktau laa betul ke tak kan. Memang sekali dah tengok diorang perform live, rasa nak pegi lagi. Aura kpop. Normal. Aku sekarang ni takdelaa gila sangat korea-korea ni macam dulu. Taste dah tukar sikit. Sikit-sikit okaylaa. Anyway two thumbs up for Big Bang Alive Galaxy Tour 2012. PUAS HATI (Y)
\

Thursday, October 11, 2012

Rindu saya ??

Salam final exam.
Sekarang tengah gap seminggu before next paper on this Sunday. Biology. Urghhh.
Banyak sangat benda nak cerita. Sangat banyak sampai tak tau nak start tang mana dulu. So ceritanya, tunggu aku habis last two papers, then balik cuti sem nanti, aku nak jadi active blogger balik. ngehh3. Stay tuned. Kbai. Oh yaa wish me luck :)

Wednesday, May 30, 2012

30 hours ago, I escaped from being kidnapped (true story)

Salam suspen !! 
Haa mai-mai sini baca satu kisah benar ni. To be honest, aku ni bukanlah rajin sangat baca baca isu-isu semasa, judging2 politik, blogwalking sana-sini. Sangat tak rajin ! Tapi tak taw tiba-tiba hati ni tergerak nak baca kisah seorang perempuan yang berjaya escape daripada diculik dan dirogol kat area Damansara. Aku dah laa baru jerr pergi makan meatball dekat area2 tempat kejadian ni hari tu. Sumpah seram bila baca ni. So, mohon amik pengajaran sama-sama daripada kisah ni. Nak belajar cara dia escape punn silalahh :)

30 hours ago, I escaped from being kidnapped 
by Chin Xin-Ci on Tuesday, 29 May 2012 at 00:39 · 
As I sit here writing this, I am just so grateful to be alive. 
  
To think that 30 hours ago I had a knife to my throat, face to face with the threat of being kidnapped and raped. 
  
It was a Sunday, at 5.22PM. I was alone, walking towards my boyfriend's car in level B2 of The Curve, Mutiara Damansara. He was not in town, and I was running errands with his car. Just as I was putting my shopping bags in the rear seat, the rear car door was slammed against my back, and a meat cleaver was pressed against my throat. A man covered my mouth with his hand, and whispered not to scream. He then shoved me onto the floor of the backseat of the car and waved the cleaver at me, reminding me not to scream. He was skinny, wearing a baggy turqoise blue t-shirt, had a thick moustache and short curly hair, approx 5'8", mid-30s, and of Indian descent. 
  
At this moment, second man appeared. He was also in his mid-30s. He was wearing a red t-shirt, had a crewcut, and was of Malay descent. He grabbed my car keys and demanded for my parking ticket. I couldn't remember where it was. They shoved me deeper into the car, and the Indian man got into the back seat with me, while the Malay man got into the driver's seat, driving us out of the carpark. 
  
I told them they could take everything, just let me go. But at that point they didn't even ask for money. Instead, the Indian man started to make sexual advances. Then it hit me. "Oh my God. Oh my God. This is really happening. I'm being kidnapped.. and I think I know what they want." 
  
From this moment on, there were a few crucial things that happened that I think is the reason I'm alive today. 
  
1. I managed to get into a position to escape. 
 When they got into the car, the Indian man had tried to force my body down onto the floor. I knew that the moment I'm on the floor, there would be no chance of escape. So I begged him to let me sit up. I promised him I wouldn't scream or alert anyone's attention. Thankfully, he trusted me, and let me sit up, gripping my arm tightly. Then I told him my arm really hurt and to please not grip it so hard. He loosened his grip. 
  
2. I did not fight for the sake of fighting. 
 I was in an enclosed space, with no clear escape route. I would never win in a fight with these 2 guys, especially when they have sharp weapons. Had I fought from the get go, I may not have been in a position to escape. I might've even been knocked out cold, and God only knows where I would be right now. 
  
3. I was lucky and sneaky. 
I knew that the only way to escape, was to jump out of the car, even if it was moving. They had locked the car doors. So I leaned back, pretended to scratch my hair, and shakily unlocked the door I was leaning against. I'm so lucky they did not see or hear this! 
  
4. I went 'crazy' at the right time. 
And then I waited. I knew that the car would have to slow down outside the parking lot, as it exits to merge with the main roads. The moment it slowed down, I opened the car door and tried to make a run for it. I failed. I kicked my legs out of the car, but the Indian man had managed to pull my body back in. >From this moment on, everything is a blur. I remember the Malay driver temporarily stopping the car, leaning over from the driver's seat and attempting to close the door and pull my legs in. At that point I remember thinking, "Even if I don't get out now, I need to keep the door open and my legs out the door. At the very least, it should cause a scene, and someone would see me. Or, the door might hit another car and they'll be forced to slow down." So I continued kicking. My right foot pushed against the wide-open car door to keep it open. I recall elbowing, struggling, kicking, and even biting. I lost my glasses, and was struggling blindly for my life. At some point the Malay driver yelled, "BAGI DIA LEPAS! BAGI DIA LEPAS!" (Let her go! Let her go!) and the Indian man loosened his grip. I made a jump out of the still-moving car, and ran for my life. 
  
5. I acted in spite of the fear. 
My friends said I was brave. But I didn't feel like it. I was quivering and shaking in fear. I was so afraid. I thought I was going to die.  I was weak with fear and deathly afraid. I truly thought "this was it". But I knew I HAD to move. I had to run. Or there would be a worser fate in store for me. While I was quaking in fear, I forced myself to look around and see if there was any way I could escape, or even catch someone's eye. 
  
6. I remembered the people I love. 
The only thing that matters when you're faced with potentially horrendous fate, is the people in your life. When I felt the knife to my neck, the first thing I thought was , "This cannot be happening. I must be dreaming." The second? The people that truly matter to me flashed across my mind. It sounds cliche, but it's true. I thought of my parents. My brother. Khailee. Esther. More people. That's all I could think of for a few moments, before I started brainstorming my escape. 
  
I ran towards the Maybank outlet at the Curve. There were plenty of people milling around. I screamed for help over and over again. I was hysterical. I grabbed an older Malay man by his shoulders and begged for help before practically collapsing at his feet. 
  
I will always remember the relief and liberation I felt, running over Mutiara Damansara's manicured grass and into the crowd. 
  
Today, I found out that the entire ordeal from the moment I left the parking ticket payment machine, to my escape, happened in about 4 minutes. To me, it felt like one long nightmare. 
  
We never think its going to happen to us... and then it does. I used to think that this is something that happens only in the papers and to people far, far removed from me. But then it did happen to me. I moved to PJ/KL 6 years ago, and I've spent countless mornings, afternoons and nights at The Curve. When my friends and I were organizing Rock Up! back in 2008, we were walking around the place at 4AM even. It's been 6 years, and never once did I feel that I was unsafe at The Curve. Until yesterday. 
  
I feel like moving out of the country ASAP. Getting the hell out of this state where you hear of a kidnapping or attempted one every month (remember Nayati?), or a snatch theft every week. And yet I'm fully aware of the fact that in another country with more lax firearm laws, they would've been holding a gun to my head, not a cleaver. And that would've been so, so much worse. 
  
I'm Blessed. By God's grace, I am alive and relatively well. And I will live another day to build another cat iPhone app. It just was not my time to go. And for that, I thank God. 
I want to share this story with everyone because cops tell me that they rarely get to hear it from someone who escapes. 
  
Girls, be so very careful. Be vigilant, and please try not to go anywhere alone. If you need to walk to the carpark, and you're alone, get a guard to go with you. I was recently told that it's part of their job description to assist anyone if needed. 
  
Guys, watch out for your girlfriends, wives, mothers, sisters and friends. Walk with them, don't take their paranoia or fear lightly. Watch out for them. 
  
And everyone, just watch out for each other. Take care of each other. These things really DO happen. As I ran out of the car, so many people came to help me. Strangers who didn't know who I was, came forward and offered me tissue paper, water, cellphones, and general comfort. 
  
Malaysians, please care for one another. You already do. Just keep on caring. Keep watching out for each other. Don't worry about being thought of as "busy body" or "overreacting". The world can be a cruel place, but all it takes is for people to care for one another to make all the difference. 
  
  
Best Regards, 
Sandra Ong 
Export Division

Sunday, May 27, 2012

A Worth to Remember

Selamat sejahteri nye pun..
Okay banyak sangat benda yang aku nak cerita tapi tak tercerita-cerita kat sini. Nak kata busy, dah khatam 3 drama korea dah. Running Man episod yang latest-latest semua dah tengok dah. Hmm macam tulah permainan dia. So, ada beberapa event penting yang nak dibukukan di sini.

#1. 28 APRIL 2012 - Birthday mak 
Celebration yang cukup simple. Pagi tu aku n kakak aku bangun awal, kemas rumah vakum mop semualah. Petang tu kitorang balik rumah lama, kemas-kemas kat sana pulak. Mak masak kek pisang auwwww. Then bila kemas2 laman rumah pulak mak decide nak tanam pokok rambutan dekat belakang rumah. Cukup simbolik. So nanti nak taw berapa umur pokok tu senang lahh hihi. 


Maisarah Mansor - 51 Tahun 
I LOVE YOU :)

#2. 14 MAY 2012 - Graduation Day kakak aku di DATC Uitm Shah Alam.
Enjoy sangat. Even dengan ahli keluarga yang tak cukup korum, best laa. Yang paling best tidur kat D'Art Hotel Shah Alam. Perrgghhhh terbaik ! Terbaiknye tang hiasan bilik jelah tapi service hampeh sikit agaknye. Jadi kepada Nurul Ashikin Shaarani, happy graduated ! Tapi tahun depan dia graduate lagi sebab dia amik LLB.

Graduan Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian)

Family pictorial. Ade sorang missing. Nazmi Shaarani kena culik dengan orang Canada.

Rambang mata tengok bunga last2 nilah yang dipilih ! Buruk kan ?

Congratulation :)

Ni hotel yang aku cakap tadi. Aku suka wallpaper dia huaaa masyukk ! Harga pun emasyuukk !

#3. 16 MAY 2012 - Selamat Hari Guru

“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


Tempat-tempat legend dalam hidup aku.

Tanpa ibu-bapa kita tiada. Tanpa guru gelap dunia :)

#4. 23 MAY 2012 - Haa yang ni double special. Tunggu entry satu lagi. Kbai !


Tuesday, May 8, 2012

Remind to my mind

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Tuhan.
Hari ni hari Selasa, seperti biasa tiada apa yang luar biasa. Rutin harian tanpa bekerja di kedai surat khabar kadang2 best, bosan pun ade. So, sepanjang aku tak menjenguk blogspot ni kan, macam2 dah berubah ! Kejam sungguh blogspot tiba2 jer ubah layout pelik2 and apps bagai tanpa sebarang authorization >_<

Ohh yaa ! Result ! Syukur Alhamdulillah, berkat usaha, study hard, start focus dari awal sem, menimba dan memberi ilmu, dorongan parents, kawan2 yang banyak membantu dan ke'jealous'an terhadap budak2 scorer, akhirnya, tercapai jugak hajat !! wohoooo ~~!! Sape tak happy bila tengok parents dia happy ?? Even sem ni aku rasa aku banyak main, band lah, gitar lah, release tension kat Arcade and Karaoke lah, main Need for Speed lah, tapi Alhamdulillah still dapat balance dengan pelajaran. So, here it is ~~jeng3x


If i can say, it just the beginning. Banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi pada masa akan datang. Aku selalu pesan kat diri aku sendiri, jangan berbangga sangat dengan apa yang kita dah dapat, bersifat sederhana, stay focus on my path, dan selalu tolong kawan2 yang lain. Pelajaran lepas ni makin susah. Usaha mesti kena double kalau nak dapat kepuasan seperti ini. Sekian :)

Mood: Skema @__@

Monday, April 16, 2012

Aktivis Cuti Sem

Assalamualaikum saudara saudari cikibom cikibom :)


Alhamdullilah final exam untuk sem 2 pun dah dekat setengah bulan habis. Semuanya berjalan lancar kecuali Physics T____T. Okay taknak cerita. Hmm, dah  setengah bulan tanpa lecture, tanpa tutorial, tanpa berbubble tea di mushrum, tanpa main lastik cicak pukul 1 pagi di 3078, tanpa dengar suara katun bamboo, uhmm macam2 tanpa lahh ! Tetiba rasa rindu nak buat semua benda tu. So, cuti sem kali ni sangatlah berbeda dengan cuti sem yang lepas sebab aku kerjaaa ! Kerja aku special taw. 2 in 1. Dapat duit, and dapat ilmu. Jadi, marilah ikuti perjalanan Si Penjual Surat Khabar di Kedai Pakcik Arshad ni :)


Rutin harian aku start pukul 8 pagi . T___T waktu syiokkk dalam selimut ! Kerja aku senang je. Lipat surat khabar and jual. Sambil tu, jual tiket bas Arwana ke KL. Selebihnya, baca 8 jenis paper setiap hari and khatam semua majalah secara freeee and goyang kaki! Gaji aku rahsia atas sebab2 tertentu. So, sepanjang kerja, macam-macam jenis fiil manusia lah yang aku jumpa. Antaranya, Pakcik Hamid. Kepala otak dia ni 3/4 sikit (orang kata yer, bukan aku). Dia selalu beli paper The Star !! waa cakap luuuu. Segan jugak aku nak tanya pandai ke baca omputih? Kesian kann.  Satu hari tu The Star habis. Pastu aku cakap lah, belilah paper melayu ! Lepas tu dia jawab "Aku tak suka baca paper melayu, gambo pompuannye sheksi2, aku nak tengok pun malu, kamu tak malu ke tengok pompuan sheksi2??" Okay aku terdiam. Malas aku nak layan orang tua ni ! Pastu aku pikir balik, nampak sangat dia ni tengok gambar je, bukan baca pun ! Padahal dia ni lah yang dok beli URTV kat kedai tu tiap2 bulan. apa kes? 


Sebenarnye kerja aku ni borink gak ! Buat benda yang sama jer setiap minit, jam, hari. Yang adventurous nye pun, time nak bagi balance ! Aku ni math okay tapi yang melibatkan congak dia slow sikit. So far dah 3 kali tersalah bagi balance *_*maluuuuu. Tapi sekarang dah okay, serious aku dah laju congak ! Pastu melayan mat2 Indon, Vietnam, dan segala jenis pendatang yang nak beli tiket ke KL for renew passport! Kadang2 scary jugakk. Then, pukul 1 budak sekolah balik! Hari2 jumpa Nur Iman yang membeli makanan rujinya, aiskrim pop and cloud nine. Tepat pukul 2 je aku rempit balik rumah. So, macam tu laa hidup aku sepanjang cuti. Faedah much ??
Bored killer perhaps ?

Mari - mari baca newspaper hari2~


Actually aku tak sabar tunggu hujung bulan, bukan sebab dapat gaji, tapi sebab nak resign. Cukup lah kerja, nak rest pulak. Lagipun duit dah ade, ptptn pun alhamdulillah still berangka 'k', so nak enjoy plakkk. Okay lah till the next post :)

Tuesday, March 6, 2012

Bless :)

Assalamualaikum.
Esok aku dah kena balik Arau untuk menyambung perjuangan setelah 4 hari melapok di rumah sambil menopap berat badan! hahaa duduk rumah 4 hari rasa macam dah naik 4 kilo nyah! Acano lah cuti sem 2 bulan nanti ! wuarghhhh *__*
Okay2, back to the topic, FINAL EXAM ! yeah, final exam. So, bila aku balik nanti tinggal lebih kurang 8 hari before first paper. And then, berderet lah segala mak nenek cecair biol fizikal punya paper. Hence, no drama, no movies, no guitar, no jamming,  and yes to study !! So, nak mintak jasa baik korang yang singgah blog ni, tolong baca ayat bawah sat ..

" Ya Allah, kurniakanlah kerajinan, ketabahan, kesabaran, ketenangan, dan kejayaan kepada tuan punya blog ni. Semoga beliau berjaya dalam peperiksaan dan juga berjaya di dunia dan di akhirat" amin ..


Lastly, terima kasih banyak2 ! Semoga Allah akan membalas jasa baik korang satu hari nanti. Wallahualam..


p/s : post kali ni alim sikit yerr. Almaklumlah orang nak periksa memang automatik akan jadi macam ni. Oh yaa, satu lagi, aku kena kurangkan mendengar muzik2 keras semasa study. InsyaAllah :)


Wish me luck

Friday, February 24, 2012

Music Extravaganza - Platform to Show Your Talent

Assalamulaikum and hello people !
Err, lamanya tak tulis entry kat sini. Okay. baru-baru ni aku ada join Music Extravaganza anjuran The Band Club Uitm Perlis. Kira macam battle of the band la. tapi event ni ada banyak kategori. Ada minus one, band and akustik. Gempak laa kan ! Aku take part dalam persembahan under aku punya unit koko, Commercial Music. Yang bestnya,, aku diberi kepercayaan oleh Sir Shakir untuk main bass beb ! haha, nak gelak jap ! Okay so, ni lah beberapa gambar yang sempat aku snap on the scene ! 

Date : 19 Feb 2012
Venue : Dewan Sri Semarak, Uitm Perlis.
Time : 2:00 - 11.00pm

#1 : Rehearsal and soundcheck.














#2 : Waiting room ~!



#3 : The show.




smokeyy ~~



Commercial Music familiy <3

 haa, ni Fatin ! our vocalist ! the queen of jazz~


Actually, banyak lagi band yang perform malam tu tapi tak sempat nak snap semua! Paling best bagi aku band Xylem Phloem ! terbaik arr! And, nak dipendekkan cerita, after kitorang perform and tengah lepaking at the backstage, aku telah dioffer as a bassist untuk satu band ni. haha~! yer aku tawu ni kelakar, but its cool tho! Tapi aku dah lah first time main bass. Chord bass pun baru tawu berapa ja pun. So, aku fikirlaa sepuluh kali, tanya pendapat senior, member2. At last aku pun reject offer tu. As a reason, final exam aku dah nak dekat ! So, takleh main-main dah ! Next sem boleh laa bro ! So, that's it. Till the next post. Bye~~