Thursday, June 5, 2014

Working Days

So dah dekat sebulan lebih la hidup sebagai orang bekerja. Kerja simple, scan barang susun barang pungpang pungpang dapat la 30 ringgit sehari. Alhamdulillah. Baru kau tahu macam mana payah nak cari duit. Kalau dulu 30 ringgit macam celah gigi je alahai so sikit. Sekarang aku rasa 30 ringgit tu means a world okay. Aku sangat menghargai duit sekarang. Saving at its best. Sekarang ni pun duduk rumah bujang kak aku hari-hari masak sendiri tau. Masak pun makanan-makanan healthy je. Jadi rutin harian aku pagi punch card pukul 9++ sampai pukul 2 lebih camtu. Then balik rumah rehat solat semua lepastu masuk balik pukul 3.30 keletak keletuk sampai pukul 6 lebih. Balik rumah bukan ngangkang je okay. Setiap petang musti exercise to keep my body fit. Satu benda nak cerita, aku kalau tak exercise sehari boleh demam tau. Contohnya hari Ahad lepas, kononnya nak pergi picnic dekat Bagan Lalang but end up makan depan TV ja. That day aku rasa hari malas sedunia kot so tak buat apa-apa melainkan makan dan tidur. Tuptup malam tu lain macam terus badan. So after workout, kitorang masak untuk berbuka. Dekat sini aku puasa hari-hari. Senang. Tak payah fikir nak makan apa time lunch. Makanan berbuka pulak selang-seli antara sup sayur dengan bubur oat. Kakakaka healthy tak ? Call me a diet freak, tak live a life to the fullest or what so ever, gua tak kisah brader. Because I'm so get used to it. Jadi macam ni lah life aku sekarang. Membosankan?

Wednesday, April 23, 2014

2+2=5

"Are you such a dreamer, to put the world to right ?
I stay home forever when two and two always make to five."
-Thomas Edward Yorke-

Thursday, April 17, 2014

The Final Sem : Throwback Part 1

So alhamdulillah, aku dah tamat diploma dengan jayanya. (jangan nak bajet, result sem 6 tak keluar lagi). Hahah tak kisahlah yang penting dah 3 tahun aku bermastautin di Perlis. And sem 6 ialah sem yang paling memorable, paling hancur, paling banyak merayap, paling banyak habis duit, paling banyak buat kerja gila, dan macam macam paling lagi lah. Jadi benda yang still so fresh so clean dalam ingatan aku ialah hari hari terakhir aku masa di Arau. So last paper untuk Diploma in Science sem 6 ialah pada 4 April 2014 bersamaan dengan hari jumaat, paper Inorganic Chemistry, 2:45-4:45pm, bilik A202. Habis je paper tu semua macam happy plus sedih je tambah tambah petang tu cuaca mendung nak hujan. Gila melankoli ahh. Pedulikan cuaca sedih tu, petang tu aku melahap cucur udang paling sedap dalam sejarah hidup selepas cucur udang Hospital Teluk Intan which I used to buy during my highschool year, sanggup escape prep petang, buat buat sakit, tulis nama nak pergi hospital, naik coaster legend semata mata untuk cucur udang. Yes, cucur udang. Petang tu aku beli cucur udang RM 3, makan sorang sorang, sambil lap lap airmata. Yelah mungkin lepas ni aku tak jumpa dah cucur udang yang segebu dan sesedap tu. So malam tu, pizza party with classmate. Makan lagi sampai kembung. Aku rasa minggu minggu last tu memang diet aku screwed habis. Mampus.

Hari Sabtu, 5 April, still in Arau menghabiskan sisa sisa. Hari tu aku dengan classmates konvoi reramai ke rumah Madam Rohaiza for lunch. Bagus madam ni, even waktu awal sem dulu kelas dia yang paling aku malas nak datang sebab biasanya kalau kelas lecture 2 jam, sejam yang terakhir tu dia akan bebel totototot macam mak mak. Tapi bila hujung hujung sem, barulah rasa dia ni motherly sangat and best (kot). Habis makan, salam peluk cium madam, then kitorang balik kolej. Dalam pukul 6 macam tu aku keluar dinner dengan roomates at Blackwood cafe sebab masing masing can't get over of their beef lasagna and their spaghetti bolognese yang kitorang baru makan 2 hari lepas. Bapak kaya sial makan kat Blackwood selang 2 hari. Then balik bilik before Maghrib habis. Before tu aku plan dengan Shahira nak lepak chill dekat reggae cafe yang di suggest oleh Hanifazmir, member aku yang gila passionate dengan muzik macam aku jugak. Then after Isyak, aku keluar balik, kali ni dengan crowd lain, Shahira, Nina and MJ dengan harapan nak ber-bob marley sepam dua di Kangar. Sampai je kat cafe tu nama Chortiezze something, kitorang macam "woi where's the reggae??" sebab time tu takde apa apa lagu, yang ada just sekelompok lelaki tengah tengok bola. Dude we come for music dude not football. Dengan rasa hampanya, kitorang move on to the cafe at the opposite road, which is K-Town cafe yang sama serabut macam Chortiezze tadi. No music. Pffft. After borak, minum and selfie, aku dengan Shahira decided to overnight dekat Kuala Perlis sebab nak lepak jamming dengan Hanif, the guy yang aku mention tadi, memandangkan dia pun tengah tension serabut dengan life dia yang serba serbi fucked up lately. By the way, Hanif ni degree student, budak spot rec yang normally bajet, tapi bagi aku dia okay dan sangat cool. So, after hantar Nina and MJ masuk kolej, kitorang pick Hanif dekat rumah. Dia tak boleh pergi KP sendiri sebab battery kereta dia drained. Nampak tak betapa fucked up nya life mamat ni. But malam tu dia still nampak bergaya dengan tie-dye shirt dan guitar tong. Fuhhh cair.

So here comes the highlight of the day. Kuala Perlis. 11:30 malam. Aku, Shahira and Hanif lepak atas batu, tepi pantai, main gitar, ditemani angin sepoi sepoi bahasa, menyanyi sampai hujan pun turun join sekali. Sumpah melankolik gila malam tu.Macam nak nangis. Sebab lepak atas batu sambil main gitar dekat Kuala Perlis memang one of the must-do-thing before aku tinggalkan bumi Perlis ni. And malam tu tercapai jugak hajat aku. Plus ditemani Hanif azmir yang cool lagi sadur berbadur badur, menjadikan hajat aku tu combo okay. Mamat ni knowledge dia pasal music memang power, tapi genre dia sangat tak sama dengan aku. Dia ni mamat britpop, oldies, zaman zaman Pink Floyd, The Police dan seangkatan dengannya manakala aku pulak korang faham sendirilah. Opposite gila dengan dia but still dia respect music genre aku. So aku memang takde issue dengan dia ni macam aku ada issue dengan dak dak party people yang sasau tak tentu hala macam Ijal Bobby dan Zaid. Offense bro. Ada satu peristiwa yang aku takkan lupa sampai bila bila, masa tu dalam pukul 1 pagi, tengah best main gitar, kitorang kena ambush dengan polis. Hanif dah cuak babi kot kot diorang nak buat urine test ke apa ke sebab dia tak berapa nak clean. Ada laa dalam 4 orang polis soal soal kitorang, mintak IC semua, end up, polis tu request lagu Rindu Bayangan kat kitorang. Bongok betul diorang ni, dah la buat orang cuak, lepas tu nak lepak sekali pulak. Sebab kitorang tak reti main lagu rindu bayangan so kitorang main lagu Kau Ilhamku. Lepas abang abang polis tu menyanyi bergelek belakang aku, last last diorang blah pun. Selamaaat. And then kitorang continue jamming sambil borak borak pasal music, pasal life and everything sampai pukul 3 lebih. Time tu cuaca dah sejuk gila, so kitorang decided to cari port lepak lain yang boleh minum minum panaskan badan.

Then kitorang gerak ke satu kedai area Kuala Perlis jugak. Last time aku pergi kedai tu makan tomyam dengan sotong goreng tepung yang sumpah sedap gila nak mampus. Tapi that day aku tahan je nafsu nak makan sotong goreng tepung memandangkan hari tu aku dah makan macam pelarian. So minum je sambil borak borak lagi. Time tu Hanif tak banyak cakap sangat sebab datang sorang lagi member aku, Apek dengan girlfriend dia Tasha bawak gosip. Sembang punya sembang pungpang sedar sedar dah pukul 5. Kedai tu pun nak tutup dah and kitorang pun dah penat. Then balik ke Arau, Hanif yang drive. Hmph lagi terserlah kemachoan dia. Haih. Before kitorang masuk Uitm, lepak kejap depan rumah dia, borak for the last time. Satu ayat buat aku admire dia gila gila, dia cakap "Here, I'm not consider myself as a student. I consider myself as a traveler. Sambil belajar sambil explore tempat orang". Pastu dia pesan kat aku jangan stop main gitar. Practice practice practice. Then we both farewell. Pagi tu kitorang berjaya masuk dalam kampus dengan jayanya tanpa kena tahan dengan pakgad yang agak celaka lately. And so, It was a day to remember. Banyak sangat kenangan masa di Uitm yang aku takkan lupa sampai bila bila. On the way balik Perak, air mata tak henti dari Arau sampai Kodiang. The end.


Sunday, April 13, 2014

Lopek

Hai. Its been a while. Last post aku August 2013. Kalau blog aku ni seekor kucing, dah lama decomposed sampai sebati dengan tanah agaknya. I seriously need to do something with this. Banyak sangat benda nak aku muntahkan kat sini. Kau tunggu jap.