Sunday, December 30, 2012

Terakhir

Sekarang jam tepat pukul 3 pagi.
Baru lepas settlekan dua lab report.
 Pheww tak pernah aku segigih ni bila cuti.
Jadi cerita dia ni post last untuk tahun 2012 kan ?
Sebenarnye takde point pun update entry kali ni.
Hmm, so lagi sehari je nak masuk tahun baru.
Alhamdulillah. Azam 2012 hampir tercapai semuanya. Dan banyak benda yang bukan dalam wishlist pun aku buat. Jadi untuk 2013 ni, aku kena curi masa sikit, p duduk tepi pantai ke, panjat mana-mana rooftop ke, duduk bawah jambatan ke, ataupun cari mana-mana tempat yang boleh buat aku tenang. Dan bila aku dah tenang, barulaa aku boleh buat refleksi diri. Soal balik apa masalah sebenar aku, apa lagi yang tak cukup dalam hidup, macam mana nak buang tabiat buruk, macam mana itu macam mana ini. Lepas tu baru boleh set betul-betul aku punya goal baru. Okay tu jelah kot kata-kata lebat dan membajet aku untuk tahun 2012 ni. Kepada korang-korang yang membaca, doakan kejayaan aku di dunia dan di akhirat dan sama-samalah kita menuju kejayaan, InshaAllah. Selamat Tahun Baru.

Friday, December 28, 2012

Sudahlah

Lapar ?
Kau pun menuju ke restoran.
Seronok kan ?
Kau sampai.
Pilih tempat yang selesa.
Lalu, kau pun belek-belek menu atas meja.
Kau beri pesanan.
Kau tunggu makanan sampai.
Lambat ? Kau marah, kau geram.
Dah sampai, kau mengadu lagi,
Kau makan, selesai sudah ?
Bukannya licin pun pinggan,
Mengadu, makanan tak sedap,
Kau bezakan dengan restoran sebelah,
Ini tak betul, ini salah, semuanya tak kena.
Dasar manusia suka memilih !

Kau pilih tempat selesa ?
Tempat pun perlu sempurna.
Cuba hidup di rumah kipas tiada.
Harapkan tingkap di rumah sahaja.
Perlu lagikah tenmpat sempurna itu ?

Kau belek-belek menu ?
Makanan, perlu memenuhi kehendak hati. 
Jikalau nafkah tidak mencukupi ?
Memang perkara biasa makan telur gorang dengan nasi ?
Perlukah lagi memilih daripada menu ?

Makan tak licin ?
Yang tidak mampu, kau tanyalh mereka,
Nasi sebiji pun saya rasa tak ditinggalkan,
Pinggan licin seolah-olah sudah dicuci.
Nak tinggal lagi daging seketul itu ?

Kau mengadu lambat ?
Makanan akan sampai juga, sabarlah.
Bukan suruh puasa setahun,
Kau lihat budak budak di Afrika,
Berebut-rebut ingin makan,
Kau ada juga makanan daripada tak ada langsung.
15 minit, untuk kau, lamakah lagi ?

Syukurlah, manusia berkemampuan. 
Belajar bersyukur.



Dipetik dari sebuah buku yang bertajuk RAWSAK by RABAK-LIT. Ditulis oleh Madelene. Nice book. Kena dengan jiwa. Aku suka. So aku tulis balik. Harap writer tak marah aku sebab copyright. Aku cuma nak menghargai karya beliau. Korang-korang mari kita support karya-karya penulis indie macam diorang ni. Peace !