Thursday, March 31, 2011

Going nowhere.

Salam malam jumaat. kalian, mintak maaf kerana sangat lemak untuk mengupdate blog sejak tiga menjak ni. aku pun tak tawu laa. mungkin aura blog aku dah kurang power cam dulu. yelah sekarang ni dah ramai sangat member aku yang sungguh buas berblogging. tahniah laa anda newcomer. even baru buat blog post dah berdozen. follower dah beriban. hebat gilo mu. no offence laa, tengok jela post dorang kalo nak compare dengan post aku. ayat diorang standard kaw2 punya humor. isi semua mantap bergetah aa. so, korang tengok blog aku ni ape rase?? putih, sebam, pucat segala,.kan?? layak laa dapat award blog ntah pape daripada pengkritik tak diiktiraf si faiq afif tu. 

Haa?? ko tanya pasal ape tadi? PMS? ahh..SPM..!! malas nak ulas panjang2 pasal tu. all i can say is syukur alhamdulillah. even tak seberapa kene syukur jugak betul? tu laa, mak dah pesan naik form 5 jangan main sakan. yang aku ni degil. kononnye sukan dgn aku tak dapat dipisahkan. nak jugak wakil tu wakil ni. kan dah dapat 2 cicak. yee, salah aku. and tahniah kepada kawan2 yang berjaya, mentor2, cikgu2, pihak sekolah, thankssss (ikhlas giler ni)..

So, pasni insyaallah aku nak amik kos diploma sains atau diploma farmasi. takpe, biar slow2, kalau laju pun aku tak boleh follow. (maklumlak otak kuasa tenuk). fffuuuu!! so, tu jelah kot. atleast dah vacum sikit habuk kat blog ni kan.??*uhhuk-uhuuk* (kenapa aku batuk)??

jap2. jangan blah lagi. nak ajak korang join aku skipping setiap petang. well, lepas dapat result yang agak kechiwa tu, aku makan ikut suka hati nenek. amik ko berat dah naik. so, nak body can G.Na kene ade effort. facts mengatakan bahawa skipping 30 minit boleh pecah 200kalori. so, jom aa!!!!

Thursday, March 17, 2011

Jangan ganggu orang yang ini!!

23 MAC 2011.pada tarikh ni lah nasib aku akan ditentukan. boleh bilang dengan jari berapa hari lagi.. sumpah!! tengok jelah gambar ni macam mana aku tengah rasa sekarang.kalau describe panjang2 lagi sakit otak.

#1: umpama Lunamaya berdebar menunggu keputusan hakim terhadap hukuman yang akan dijatuhkan ke atas Ariel peterporn~~

 #2: berdoa umpama tiada hari untuk esok~~

#3. tak tau laa budak ni takut sebab ape. tapi umpama budak ni lah perasaan aku.. 

 
#4: umpama ni la agaknye dalam otak aku sekarang. macam2 bende dah aku fikir~~

#5: lastly. yelah tu budak. doakan aku yee :)))))


p/s: rasenye post ni sesuai bagi tajuk 'umpama' kot~~

Friday, March 4, 2011

Aku dan insan bernama Mimpi!

semua orang mesti pernah bermimpi kan?tak kira laa basah or kering,mimpi jugak namanya.mimpi ni sebenarnya mainan tidur je.ada orang kata mimpi ni macam bawak petanda.contohnya,macam orang2 tua cakap,kalau mimpi ular masuk rumah maknanya ada orang nak datang meminang.haish.aku pernah dengar nasihat orang cakap sebelum tidur basuh kaki.ni memang aku buat selalu.alang2 dah kencing basuh jela kaki kan.alasannya,nanti kalau kaki kotor roh kita merayap tempat yang sewaktu dengan keadaan kaki tu.nightmare laa kot maksudnya.tapi kadang2 aku borink tidur takde hiburan.saja taknak basuh kaki.tapi tak mimpi pape jugak.yelaa.hakikatnye aku ni memang pembersih!okay,ni aku nak cerita beberapa facts pasal mimpi aku.

#1)ULAR DATANG MASA AKU SAMBUT BIRTHDAY.
aku pernah mimpi ular datang masa aku sambut birthday kat rumah.masa tu aku kecik lagi.tapi takda pon orang masuk meminang.tapi masa ni aku tak tawu pon kalo mimpi ular ada org nak datang meminang.so,petanda tu takpayah percaya.(aku ckp belit2 kan?korang paham ke ni..)

 #2)SUSAH SANGAT NAK INGAT MIMPI.
aku ni ada satu sindrom tau.aku susah sangat nak ingat mimpi aku.kalo ingat pun memang hari bertuah aku la.selalu bila bangun je aku lupa.penah je aku setmind mase tidow nak ingat ape yg aku mimpi tu.tapi bila bukak je mata terus blank!!bila member2 citer pasal sweetdream dorang aku nganga jelah.LUPAA!!pelupa ni kuat gamaknye.penah sekali tu aku betul2 nak ingat mimpi tu.bangun je tidow terus capai (i)phone..??okay2.capai 3310 pastu terus tulis kat reminder.tapi sekarang sindrom ni dah hilang sket.since aku kerap makan vitamin masa nak SPM dulu.

#3)MINDSET NAK SAMBUNG MIMPI.
yang ni menarik.masa tu aku pernah mimpi nak naik kapal terbang.baru pijak tangga kapal terbang tu aku terjaga.cmne boleh terjaga tak tau laa.masa tu awl pagi lagi.masa jaga tu tension gilaa.yelaa.aku ni dah laa jarang nak dapat mimpi.skali mimpi best stuck tiba2.aku pon pejam mata kuat2,gila2 mindset nak sambung balik mimpi tu.skali aku dah ade dalam kapal terbang daa..menjadi kot.siap makan fries lagi...

#4)BERCAKAP DALAM MIMPI.
haa.yang ni bukan aku.ni masa kat sekolah dulu.aku ni suka stay-up sampai pukul 3 4 pagi.budak2 dorm aku ni masyaallah..suka sangat bercakap dalam mimpi.pernah sekali tu wani masuk dorm aku.dia langkah je kaki tiba2 ada sorang budak ni cakap "amboiii..."dengan aku2 sekali melompat.pastu tengah study2,ade sorang minah cun ni panggil "bibik..bibik.tolong iron baju yah."mcm tu laa bunyinye.ni mmg jadi bahan gelak la.haish,,mmg slalu laa aku dengar bunyi2 cmni.siap ade yang cakap tamil lagi.mmg dorm aku agk femes dgn budak2 yg suka tidow bercakap.tu pasal biasanya aku stay up bilik study je.ade sekali tu,masa tu tengah femes psl kes hantu kat aspuri.ade orang bercakap dalam tidow,bersambung2 dengan orang sebelah dia.padahal mata pejam.scary tak???

semalam aku mimpi result SPM keluar.sumpah macam real.boleh kata senyum laa bila dapat mimpi tu.apa maksudnya?hehe.Wallahualam.bukan tu je.lepas dapat result aku kene pegi PLKN fasa 2.haa..yang ni malas nak cerita panjang.okay.annyeong gudbye adios!

have a save sleep and sweet dream~~

aigoo..jangan jadi macam budak ni.
ni kes ponggong tak cukup besar ke ape ntah??