Macam mana rasa boleh keluar sesuka hati tanpa perlu minta permission sesiapa ?
Macam mana rasa boleh lepak mamak sampai subuh tanpa ada sesiapa call pungpangpungpang suruh balik cepat ?
Macam mana rasa pergi travel around the world mencari ketenangan tanpa memikirkan duit di poket yang juga bakal tenang ?
Macam mana rasa bila tak study pun boleh dapat result mencanak ?
Macam mana rasa bila drive Ferrari 458 Italia seawal umur 20-an ?
Macam mana rasa jalan kat dekat port gay pun still ada berpuluh mata memandang anda ?
Macam mana rasa kacuk cina pakistan ? (yang ini aku sailang lirik lagu)
Macam mana rasa boleh goyang kaki 24 jam ?
Macam mana rasa makan kaki ?
Stop dreaming. Get a life lah sial
Sunday, April 21, 2013
Saturday, April 20, 2013
Menggelabah
Tahu tak ape yang aku rasa sekarang. Macam-macam. Takut. Geram dengan diri sendiri. Hipokrit. Loser. Bengang dengan semua orang. Risau. Ahhhh shoot. So nak dipendekkan cerita, lebih kurang sebulan je lagi aku nak ke sana. Tapi apa-apa preparation pun aku tak buat lagi. Berbuih dah mulut mak aku suruh baca buku panduan tu. Aku malas. Download ceramah taklimat itu ini, hmm pakat download jela tengoknya harapan. Entah laa. Aku rasa kosong. Tak teruja pun. Aku dok kata kat orang aku tak ready, aku ni banyak dosa takut kena uji teruk-teruk kat sana, blablabla. Dan aku rasa benda ni terlalu awal untuk aku. Ya Allah..bukalah pintu hatiku Ya Allah.
24MAY2013.. InshaAllah
Tahu tak ape yang aku rasa sekarang. Aku rasa apa yang aku tulis kat atas tu menggelabah. Aku rasa aku pun besar and dah pandai control benda ni semua. Chill chill. Tapi tahu tak lagu apa yang aku tengah dengar sekarang ? Bring Me The Horizon. Benda-benda camni lah yang buat aku sangkut weyy. Lagi sekali aku menggelabah...
Monday, January 21, 2013
Selagi ada masa
So hobi baru aku bila ada gap time kelas ialah melepak. Bukan melepak di anjung mahupun melepak di rumah sewa Zalika, tetapi melepak di library. Tempat favorite kat area bilik TV dan majalah. La ni pun aku online kat library. Lepas ni boleh buat lagu library ku surgaku. Sikit lagi kelas pukul 2:30pm. Untuk pengetahuan hari Isnin adalah hari palat. Kelas full sampai petang. Kendaiiiii. Hmm rasanya dah tak taw nak merepek apa. Babai.
Sunday, December 30, 2012
Terakhir
Sekarang jam tepat pukul 3 pagi.
Baru lepas settlekan dua lab report.
Pheww tak pernah aku segigih ni bila cuti.
Jadi cerita dia ni post last untuk tahun 2012 kan ?
Sebenarnye takde point pun update entry kali ni.
Hmm, so lagi sehari je nak masuk tahun baru.
Alhamdulillah. Azam 2012 hampir tercapai semuanya. Dan banyak benda yang bukan dalam wishlist pun aku buat. Jadi untuk 2013 ni, aku kena curi masa sikit, p duduk tepi pantai ke, panjat mana-mana rooftop ke, duduk bawah jambatan ke, ataupun cari mana-mana tempat yang boleh buat aku tenang. Dan bila aku dah tenang, barulaa aku boleh buat refleksi diri. Soal balik apa masalah sebenar aku, apa lagi yang tak cukup dalam hidup, macam mana nak buang tabiat buruk, macam mana itu macam mana ini. Lepas tu baru boleh set betul-betul aku punya goal baru. Okay tu jelah kot kata-kata lebat dan membajet aku untuk tahun 2012 ni. Kepada korang-korang yang membaca, doakan kejayaan aku di dunia dan di akhirat dan sama-samalah kita menuju kejayaan, InshaAllah. Selamat Tahun Baru.
Friday, December 28, 2012
Sudahlah
Lapar ?
Kau pun menuju ke restoran.
Seronok kan ?
Kau sampai.
Pilih tempat yang selesa.
Lalu, kau pun belek-belek menu atas meja.
Kau beri pesanan.
Kau tunggu makanan sampai.
Lambat ? Kau marah, kau geram.
Dah sampai, kau mengadu lagi,
Kau makan, selesai sudah ?
Bukannya licin pun pinggan,
Mengadu, makanan tak sedap,
Kau bezakan dengan restoran sebelah,
Ini tak betul, ini salah, semuanya tak kena.
Dasar manusia suka memilih !
Kau pilih tempat selesa ?
Tempat pun perlu sempurna.
Cuba hidup di rumah kipas tiada.
Harapkan tingkap di rumah sahaja.
Perlu lagikah tenmpat sempurna itu ?
Kau belek-belek menu ?
Makanan, perlu memenuhi kehendak hati.
Jikalau nafkah tidak mencukupi ?
Memang perkara biasa makan telur gorang dengan nasi ?
Perlukah lagi memilih daripada menu ?
Makan tak licin ?
Yang tidak mampu, kau tanyalh mereka,
Nasi sebiji pun saya rasa tak ditinggalkan,
Pinggan licin seolah-olah sudah dicuci.
Nak tinggal lagi daging seketul itu ?
Kau mengadu lambat ?
Makanan akan sampai juga, sabarlah.
Bukan suruh puasa setahun,
Kau lihat budak budak di Afrika,
Berebut-rebut ingin makan,
Kau ada juga makanan daripada tak ada langsung.
15 minit, untuk kau, lamakah lagi ?
Syukurlah, manusia berkemampuan.
Belajar bersyukur.
Dipetik dari sebuah buku yang bertajuk RAWSAK by RABAK-LIT. Ditulis oleh Madelene. Nice book. Kena dengan jiwa. Aku suka. So aku tulis balik. Harap writer tak marah aku sebab copyright. Aku cuma nak menghargai karya beliau. Korang-korang mari kita support karya-karya penulis indie macam diorang ni. Peace !
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)
