Lapar ?
Kau pun menuju ke restoran.
Seronok kan ?
Kau sampai.
Pilih tempat yang selesa.
Lalu, kau pun belek-belek menu atas meja.
Kau beri pesanan.
Kau tunggu makanan sampai.
Lambat ? Kau marah, kau geram.
Dah sampai, kau mengadu lagi,
Kau makan, selesai sudah ?
Bukannya licin pun pinggan,
Mengadu, makanan tak sedap,
Kau bezakan dengan restoran sebelah,
Ini tak betul, ini salah, semuanya tak kena.
Dasar manusia suka memilih !
Kau pilih tempat selesa ?
Tempat pun perlu sempurna.
Cuba hidup di rumah kipas tiada.
Harapkan tingkap di rumah sahaja.
Perlu lagikah tenmpat sempurna itu ?
Kau belek-belek menu ?
Makanan, perlu memenuhi kehendak hati.
Jikalau nafkah tidak mencukupi ?
Memang perkara biasa makan telur gorang dengan nasi ?
Perlukah lagi memilih daripada menu ?
Makan tak licin ?
Yang tidak mampu, kau tanyalh mereka,
Nasi sebiji pun saya rasa tak ditinggalkan,
Pinggan licin seolah-olah sudah dicuci.
Nak tinggal lagi daging seketul itu ?
Kau mengadu lambat ?
Makanan akan sampai juga, sabarlah.
Bukan suruh puasa setahun,
Kau lihat budak budak di Afrika,
Berebut-rebut ingin makan,
Kau ada juga makanan daripada tak ada langsung.
15 minit, untuk kau, lamakah lagi ?
Syukurlah, manusia berkemampuan.
Belajar bersyukur.
Dipetik dari sebuah buku yang bertajuk RAWSAK by RABAK-LIT. Ditulis oleh Madelene. Nice book. Kena dengan jiwa. Aku suka. So aku tulis balik. Harap writer tak marah aku sebab copyright. Aku cuma nak menghargai karya beliau. Korang-korang mari kita support karya-karya penulis indie macam diorang ni. Peace !
No comments:
Post a Comment