Satu sem tak update blog. So sempena cuti yang mendap ni aku nak try cover balik benda yang aku nak cerita tapi tak tercerita-cerita. Tapi kali ni aku bagi laluan dulu kepada event penting yang aku pegi ni. Cehh ayat bajet retis. Baru-baru ni untuk pertama kalinya aku pegi konsert yang besar. Sebelum ni pernah laa jugak layan live performace tapi yang kecik2 jela. Kalau diorang baling poster ke ape ke dapat laa jugak aku grab. Free entrance. Artis local. Well. Ceritanya tak plan pun nak pergi konsert ni. Mana tak nye, konsert hari Sabtu aku baru beli tiket hari Khamis sebelumnya. Free standing kan. Budget low. Ni semua hasil hasutan kakak2 aku dan mak aku dengan sportingnya bagi green light, maka melayang RM191. So dengan tidak sopannye pada hari raya Aidiladha yang kedua, kami berangkat ke KL untuk melagha di BIG BANG ALIVE GALAXY TOUR !
Ceritanya sampai-sampai je stadium dalam pukul 4 lebih orang dah macam cirit. Sungguh ramai muda-mudi, cina-cini, ade jugak 2 3 nindia sesat layan kpop jugak, satu family pun ada, memang macam-macam la. Aku terpaksa tahan jap nafsu beli merchandise sebab ticket aku tak redeem lagi. Cari booth Redtix pusing 2 3 kali baru jumpa. Nasib la booth tu memang dekat dengan Gate 4, CAT7 punya ticket category. Lagi nasib baik bila kitorang tak beratur pun nak masuk stadium, ni jahat. So konsertnya start pukul 8. Tapi pukul 6 dah ada dalam stadium -__-. Ohh ade cerita nasib baik lagi. Sepatutnya tiket kitorang CAT7 free standing. Tapi sebab security yang tak berapa nak secure, kitorang cilok punya cilok dapat duduk kat CAT5 dimana harga tiketnya RM288 ! Nice menipu memang nice ! So 2 jam sebelum konsert tu, layan MV Bigbang kat bigscreen, practice chanting semua ! Time tu memang dah excited sia laa dengan sound system dia yang boom gila tu. Pastu dengan hujan lebat tahap kucing anjingnya lagi, haa yang ni pun nice sampai tak terkata >_<. So ni beberapa shot yang sempat aku amik. Gambar yang tak lawa tu shot drpd camera bb curve yang sumpah loser haihh =='
Crown lightstick pinjam. Nak beli sendiri sangatlah mahal hhmmpphh !
From CAT7 to CAT5. Sebenarnye kalau nak puas dekat CAT7 la. Free standing boleh moshing2 sikit time Fantastic Baby dengan High-High. Tapi sebab aku pergi konsert dengan orang berbadan besar dan tak larat berdiri lama-lama, so mereka prefer duduk. Tapi time konsert dekat tempat seating semua berdiri jugak. Bangang.
Ni time BigBang perform lagu Blue. Mission succeed ! Cantik sangat time ni
So after konsert sempat laa grab unofficial tees berharga RM20 dan buttons tiga RM10. Kalau ikutkan hati semua benda aku nak beli time keluar stadium tu. Recycle bag, cheer towel, kipas, lightstick, big poster semua lelong. Tapi sebab rushing sangat and orang sekali lagi macam cirit sampai nak jalan pun susah. Pasal performance, overall memang puas hati sangaattt ! Sound system memang terbaik ! Suara diorang memang clear gila. Have fun sampai diorang sendiri admit yang crowd kat Malaysia is the best crowd so far. Taktau laa betul ke tak kan. Memang sekali dah tengok diorang perform live, rasa nak pegi lagi. Aura kpop. Normal. Aku sekarang ni takdelaa gila sangat korea-korea ni macam dulu. Taste dah tukar sikit. Sikit-sikit okaylaa. Anyway two thumbs up for Big Bang Alive Galaxy Tour 2012. PUAS HATI (Y)
No comments:
Post a Comment