Monday, August 5, 2013

Romadon 27

Kejapnyelah romadon. Kalau sebulan romadon di rumah mesti tiptop aku punya pahala. Tarawih pun 20. Tapikan romadon, itu hari masa solat tarawih ada sorang makcik ni, aku nak rapatkan saf so aku suruhlah orang belakang masuk saf aku. Then makcik tu marah aku dia cakap tak payah suruh orang masuk nanti sempit. Dengan muka cengey nya. Aku dah macam 'whaaaattttt?? seriously makcik?' Saya belajar Sains makcik. Tujuan kita rapatkan saf disamping tak bagi ruang kepada syaiton adalah bila bahu kita berlaga masa solat, ada charge pebende tah yang akan transfer ke badan makmum-makmum. Kalau solat jemaah tapi jaraknya sedepa tak dapatlah berkat jemaah tu makcik. Haiii romadon. Semoga kau bagi petunjuk kat makcik ni. Aku pun bukan bagus sangat. Tapi kadang-kadang bagus lah jugak. Come onnnn.



Wednesday, July 31, 2013

I JUST WANNA GO HOME

Itu hari aku stress sangat sampai tertinggi suara kat mak aku. Tak guna punya anak. Screw all the phone calls. Nak balik rumah nak mintak ampun.

Saturday, July 13, 2013

Marhaban ya Ramadhan

Assalamualaikum. Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. So puasa kali ni aku betul-betul nak improvise diri. Tak nak dah jadi macam apa yang aku dah buat masa Ramadhan tahun lepas. Rugi. Serious. Menyesal wey. Ni la masa yang paling sesuai aku nak cover balik dosa-dosa yang melampau tu dengan ibadah. InshaAllah. Ini kalilah.


Monday, July 8, 2013

Makan Malam

Dah lama dah nak update pasal ni. Tapi kau fahamlah aku punya life macam mana sekarang. Natang sibuk. Entrepreneurship reports, Biology proposal, meeting sana sini, program itu program ini. So berbekalkan tenaga yang macam nak sayur ni, just a sneakpeak on what happened at Dinner Part 5 Diploma in Science, Hotel Putra Palace Kangar.










And the dinner was succeed even ada konspirasi sikit. Enjoy. First time aku perform sambil nyanyi kot. Dan ianya di krik krik kan. Ahh mampus la. Huh

Saturday, June 29, 2013

Small Gathering

22 Jun hari tu. Plan dia simple je. Just a small gathering. Pepagi dah gerak ke Kangar. Main kejar-kejar atas jalan. Main sesat-sesat. Finally jumpa jugak si kecik Rabiul yang menetap di Kangar for practical at Hospital Kangar. Breakfast roti canai double at mamak, bowling, kutuk Star, gosip, minum-minum, dan kutuk Star lagi. Anyway enjoy laa dapat jumpa schoolmates. Next time gather lagi ! SATU BATCH. Dengan anak masing-masing :)






Monday, June 24, 2013

Traventry Umrah Part 2

Assalamualaikum. Minggu-minggu awal semester 5 yang agak hectic. So seperti yang dijanjikan,  ni dia gambar-gambar di kota suci Mekah dan Madinah.





 Sekitar Masjidil Haram selepas Isya'


Inilah muka yang bersungguh-sungguh mintak jodol di Jabal Rahmah

Masjid Quba


 Bukit Uhud 



Pasar kurma

 Memang style wanita Arab bawak anak-anak pegi masjid. So kita ada kawan baruuuu :)

 Budak-budak ni lagi comel dari Kak Ton




 Masjid Nabawi


Rindunyaaaaaa. Semoga diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke bumi Allah lagi. 



Saturday, June 8, 2013

Traventry Umrah Part 1

24 Mei 2013 
Sehari after birthday aku. Ini bukan cerita macam mana aku kena birthday prank atau berapa biji kereta aku dapat. Ini cerita pasal hadiah yang lebih besar daripada hadiah 10 biji Ferrari 458 Italia. Haha tipu je. So pagi tu pukul 4 pagi dah bangun. Siap siap, double check luggage semua, solat sunat ihram, solat sunat musafir, solat subuh and gerak. naik bas dari Teluk Intan ke KLIA. Agak agak dalam pukul 12:30 sampai dah KLIA. Then check-in pukul 2 lebih macam tu and boarding nak dekat pukul 4. And finally take-off pukul 5pm. Excited habaq kat hang first time naik kapal terbang. 8 jam tak tidoq. Haha tipu lagi. So sampai Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah dalam pukul 9pm waktu sana. Kira pukul 3 pagi waktu Malaysia lah. Naik bas ke Mekah dalam 2 jam setengah, dengar orang Arab gaduh gaduh, then Alhamdulillah, sampai juga ke tanah haram. Subhanallah. Segala puji bagi Allah.

25 Mei 2013
Check in di Hotel Alsaraya Iman. Naik bilik setengah jam. Tak boleh nak guling-guling sangat sebab dah dalam ihram so kena jaga pantang. Turun balik untuk solat subuh and selesaikan umrah kami yang pertama. Subuh sana pukul 4 pagi camtu. Alhamdulillah dekat lah jugak dari hotel nak ke Masjidil Haram. 10 minit jalan kaki. Solat subuh di basement masjid sebab atas dah penuh. Kalau kau cakap KL tu bandar yang tak pernah tidur, kau poyo. Kau try tengok tanah haram, kau tak tahu nak describe apa. MasyaAllah. Orang tak tidur sebab berlumba-lumba nak beribadah. Bayangkanlah kami solat subuh di basement. Solat Subuh, okayy. After subuh, kami selesaikan umrah kami. Pertama kali dapat tengok Kaabah depan mata. Subhanallah Maha Suci Allah. Berjurai-jurai air mata. Memang macam dalam mimpi. Alhamdulillah selesai tawaf, saie, bergunting maka settle umrah kami yang pertama. Tunggu ayah and jemi botak kepala kejap, balik bilik dan gone...

26 Mei 2013
Umrah untuk kali ke-2. Miqat di tanah halal iaitu di Tanaeem. Settle umrah dalam pukul 9 lebih macam tu and matahari dah tegak tinggi. Alhamdulillah hari ni lepas tawaf dapat solat dalam Hijir Ismail dengan mak. Then, take a walk dalam mall di menara jam. Makan Royal Fish Burger yang sedap lagi mahal. Then decide nak tunggu sampai zohor then baru balik hotel for lunch. Ohh ya Zohor di sana pukul 12:15pm camtu. And suhu disana 40 degree celcius okay. Bayangkanlah macam mana hangus tak hangus. Tapi walau camne panas sekalipun, hati kena jaga. So sepanjang jalan bawah matahari cakap je 'Ya Allah terima kasih bagi aku cuaca yang sejuk'. Alhamdulillah steady je aku. Setiap waktu solat di Masjidil Haram. Yelah sape tak nak 100000 kali ganda pahala dalam satu waktu beb ? 

27 Mei 2013
Hari ni tentatif lain sikit. Kali ni kami menziarahi Jabal Thur, Jabal Rahmah iaitu di Padang Arafat, Mina, Mudzalifah dan Jabal Nur. Dan sepatutnya hari ni bagi sesiapa yang nak buat umrah boleh sebab bus trip akan stop di Ja'aranah untuk Miqat. Tapi atas dasar family yang semua macam tak larat setelah berposing-posing di setiap Jabal dan aku yang telah bersungguh-sungguh memohon jodoh di Jabal Rahmah, maka kami tak buat umrah hari tu. Tapi Alhamdulillah ada hikmah kami tak buat umrah hari tu. Dengan tenaga yang ada, kami beriktikaf di masjid dari Asar sampai Isyak. Lepas solat Asar kami buat tawaf sunat. Alhamdullillah Allah permudahkan segalanya. Dapat cium kelambu Kaabah sepuas puasnya. Dapat solat dan berdoa lamaaa sangat di multazam. Dapat jugak aku sampaikan semua doa yang kengkawan kirim, depan multazzam, tanpa gangguan. FYI, tempat solat depan multazam iaitu di antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah tu sangat limited. Dan dengan izin Allah dapat solat dalam Hijir Ismail untuk kali ke-2. Alhamdulliah. Serious puas ! 

28 Mei 2013
Hari baru, umrah baru. Kali ini kami buat Umrah Badar iaitu umrah wakil dan aku buatkan umrah untuk Arwah Pakcik Abas. Alhamdulillah berjalan lancar semua. Just waktu Sa'ie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah tu a bit challenging tapi selesa sebab aircond. So sepanjang Sa'ie ialah masa untuk berdoa dan masa utk mencari anak-anak arab yang tergedek gedek berlari sambil pakai ihram. Subhanallah sumpah comel budak-budak kat sana. Seterusnya, aktiviti berjalan seperti biasa. Solat solat solat. Itu je benda yang kami fikir kat sana. Oh yaa. One of the best moment di tanah haram, after solat fardu, keluar dari masjidil Haram, bersepah orang berniaga. Jadi kami sebagai kaum hawa tak mampu melawan nature kami yang suka shopping dan jubah semurah 10 riyal. Grab apa yang patut. 

29 Mei 2013
Pagi ni aktiviti bebas. So kami decide lepas subuh nak buat umrah dan pergi miqat di Tanaeem. Disebabkan aktiviti bebas, so travel agencies tak sediakan transport untuk ke tanah halal. Nak dijadikan cerita ayah aku hired a taxi untuk ke masjid Tanaeem. Satu family 6 orang sumbat satu taxi. Bayangkan sardin dia macam mana. So kat sini kami mengalami masalah. Susah nak communicate dengan orang arab ni. Diorang tak faham langsung English. Kami pulak sorang pun tak reti cakap Arab. So tunggang terbalik pung pang dapat la 80 riyal pergi balik untuk 6 orang. Mahal sikit dari naik van ramai ramai just kena bayar 10 riyal sorang. Tak kisah sangat lah charge taxi tu. Yang betul-betul kisah ni after dah niat ihram and nak menuju ke tanah haram balik. Ustaz ada pesan kalau nak buat umrah naik taxi sendiri jangan bagi duit awal awal. tunggu dah sampai tanah haram baru bagi duit. And on the way, tiba tiba ayah aku pegi hulur duit kat driver taxi tu. Syukran syukran halal lah dia. Kitorang kat belakang dah macam 'Ya Allah asal ayah bagi duit awal awal, kena tipu kang macam mana?' So kami bertawakal jelah. Nak jadi kan cerita tiba tiba taxi tu membelok ke arah satu jalan yang gila pelik. Dah macam nak masuk ke sempadan Israel dah aku rasa. Bayang jam besar pun tak nampak dah. Satu family panic ayam macam apa. Yelah kau kat bumi orang, kiri kanan ada gunung ganang, tempat macam terbiar, jalan pun satu lane. Allahuakbar. Macam macam main dalam kepala otak kami dah time tu. Negara Arab ni memang bumi Allah tapi kes rompak, ragut memang banyak. Just tawakal dah berzikir jer banyak. Aku time tu positive je dalam hati cakap driver ni mesti nak bawak kami ikut jalan shortcut. Kakak aku muka dah pucat. Hahah. Last-last, dah nampak menara jam tu aku dah rasa lega sikit. Eh bukan sikit, lega yang teramat sangat. Alhamdulillah sampai jugak kami ke Masjidil Haram. Ish gimik je pak arab ni. Keluar-keluar taxi kami satu family pandang satu sama lain then gelak. Ya Allah mencabar betul. Lupakan kejap peristiwa taxi sebab nak kena settelkan umrah. Masa Sa'ie ada laa jugak terkenang kenang taxi tu. Lepas Sa'ie sambung gelak balik pasal taxi. Haihh taxi taxi. Oh yaa. Sebelah petang kami menziarahi Hudaibiyah. Lepas posing dengan unta, minum susu unta yang betul betul segar dari teteknya, kami pergi ke masjid Hudaibiyah untuk niat ihram. Alhamdulliah umrah kali ke-2 untuk hari ni. Sayur tak sayur jugaklah kami. Tapi cuba cakap siapa yang tak nak pahala berbondong bondong ?                                                                                                                                                                             

30 Mei 2013
Last day in Mekah. Masih lagi terbayang bayang kes taxi semalam. Sampai ke tua pun still akan ingat kes taxi tu. So hari ni tak banyak sangat aktiviti. Just packing untuk ke Madinah pulak. Tapi pagi tu sempat juga kami buat tawaf sunat. Dan lepas zohor, kami selesai tawaf Wida' iaitu tawaf selamat tinggal. Dengan suhu 40 degree celcius, gagahkan jugak buat 7 pusingan. Di depan multazam aku nangis puas puas. Yelah lepas ni bila lagi aku dapat tengok rumah Allah yang tegak berdiri betul betul depan mata aku. Ya Allah sedihhhhhhhh sangat nak tinggalkan rumah Allah. Nak tak nak perjalan mesti diteruskan. Dalam sedih sedih meninggalkan kota suci Mekah, sikit sikit timbul rasa gembira sebab Rasulullah SAW tengah tunggu kehadiran kami di kota Madinah. Perjalanan dari Mekah ke Madinah ambil masa dalam lebih kurang 6 jam. 

31 Mei 2013
Tiba kami di Madinah Al-Munawwarah. Alhamdulillah kali ni hotel kami memang betul betul dekat dengan Masjid Nabawi. So sampai di hotel Mawwadah Al-Safwah nak dekat midnight, rehat sejam terus siap ke Masjid untuk masuk ke Raudhah. Punyalah tak sabar nak berjumpa dengan orang yang paling sayang dengan kita iaitu Rasulullah. Disebabkan ramai yang keletihan, jadi kami orang muda muda yang still larat je pergi beriktikaf di masjid malam tu. Agak malang sebab Raudhah dah tutup time kami sampai. So kami decide untuk tunggu turn masuk Raudhah lepas solat subuh. Jadi kami pun dengan bahagianya tidur di masjid nabi yang serious cantik lagi sejuk. And Alhamdulillah lepas selesai solat Subuh, berkat kesabaran bertolak tolak dengan orang Arab yang bontot berganda besar dari kami, dapat jugak jejak ke dalam Raudhah pagi tu. FYI, Raudhah merupakan kediaman asal Nabi Muhammad SAW, juga terdapat makam Rasullah SAW serta tiga orang sahabatnya, serta diriwayatkan bahawa Raudhah juga merupakan sebahagian daripada taman syurga. Dan pada hari kiamat nanti Raudhah ni akan diangkat ke langit. So daripada kau masuk Pavillion habiskan duit di syurga membeli belah, apa kata kau simpan sikit duit tu untuk datang ke tempat suci yang betul betul ada syurga ? The real one. Nikmat dia pun lain. Serious. 

1 Jun 2013
Hari ni kami menziarahi Masjis Quba. Solat sunat Tahiyatul Masjid dan Solat Sunat Dhuha di sana. Kali ni kami dapat tour guide yang sangat kacak dan tinggi ilmunya. Ustaz Ridhwan, Malaysian student yang belajar di University of Madinah. Bagus sangat ustaz ni, setiap tempat kitorang pergi dia memang explain detail habis and mesti diselitkan dengan hadis. So lepas ke Masjid Quba, kami ke Bukit Uhud melawat perkuburan para syuhadah, dan seterusnya ke ladang kurma. Enjoy sangat trip ni. Banyak sangat ilmu baru yang kami belajar. Termasuk ilmu tahan nafsu shopping sebab kat setiap tempat kami pergi mesti ada orang jual barang. Boleh je nak beli tapi nanti takut tertinggal bas. Untuk pengetahuan, barang-barang di Madinah lagi murah daripada barang di  Mekah. And aktiviti di Madinah pun lagi rileks sebab tak perlu tawaf dan Sa'ie. Cuma beribadah di masjid nabi dan tawaf di kedai kedai di sekitar masjid. Subhanallah memang bersepah orang berniaga kat sana. Balik masjid je mesti ada beg plastik kat tangan. Takpe thats our nature. 

2 Jun 2013
Hari terakhir di Madinah. Ya Allah sekejap sangat masa berlalu. Malam ni dah kena balik Malaysia. So semua perkara yang kami lakukan harini akan menjadi yang terakhir. Termasuk menziarahi Rasulullah, dan tawaf kedai. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tercapai impian kami sekeluarga nak menjejakkan kaki di bumi barakah ni. Masa balik tu agak kelam kabut di airport Madinah. Flight berlepas pukul 1 pagi. Kali ni serious dalam flight aku tidur je. Tidak lupa juga, makan sebanyak 2 kali. 

3 Jun 2013
Tiba di KLIA pukul 3 petang waktu tempatan. Kelam kabut diteruskan di KLIA. Ada peristiwa yang membuatkan semua jemaah marah. Its not a good finishing. Luggage kami masih sedih untuk berpisah dengan Rasulullah SAW jadi dia ditinggalkan di Madinah sehingga 5 Jun. Haha pandai je aku buat cerita. Actually kapal terlebih muatan, ataupun ada sebab kenapa pihak penerbangan tak terbangkan beg kami, atau sebab yang lebih simple, Allah nak uji tahap kesabaran jemaah umrah kali. So sabar jelah. Balik rumah dengan hand luggage yang ada baju kotor and beberapa kurma. 

Alhamdulillah masa aku menulis ni, luggage kami semua dah selamat sampai. Jadi, sampai sini jelah cerita aku. Semoga cerita ni menjadi pedoman dan pembakar semangat bagi anda yang belum pernah menjejakkan kaki ke bumi Allah. Semoga anda dipanggil untuk menjadi tetamu-Nya satu hari nanti. 

Percayalah feeling dia sumpah luar biasa daripada feeling anda melancong ke London Paris New York dan sebagainya. Sebab anda ke tempat tempat sebegitu atas kehendak anda sendiri, tetapi anda datang ke kota suci Mekah dan Madinah atas kehendak Allah SWT. Wallahualam..

Till the next post untuk gambar. Yeay. 

Sunday, May 19, 2013

Happy Birthday Si Capik

Hari ni genap 365 hari aku dengan dia. Sepanjang 365 hari bersama, dah 26357937 kali dia buat masalah, memalat tak tentu pasal, suka bagi aku panic, suka menggatal nak tukar baju baru, makan kredit macam orang tak makan nasi sebulan. Tapi dalam 26357937 kali perangai dia, 892739797239713797blabla kali ganda lagi aku bersabar dengan dia. Ada jugak rasa nak dumb dia and cari lain tapi aku sabar je. Tapi dalam sabar-sabar aku tu kadang-kadang dalam sehari ada la 5 6 kali aku mencarut kat dia. Tapi dia ni brutal  jugak ok still nak teruskan hidup. Bukan macam ex aku yang maki sekali esoknya bunuh diri.

So happy birthday my Muhammad Blackberry bin Curve9300. 
Terima kasih laa banyak jugak jasa kau kat aku. 
Semoga lebih maju. Dan jangan nak mengada banyak sangat.

The first one of mine. XOXO bb

Saturday, May 18, 2013

Roller Coaster Hidup

Eh tau tak hidup kita ni macam roller coaster. Kadang ada kat atas kadang ada kat bawah. Terpulang kat diri sendiri sama ada nak rasa happy, ataupun menjerit sekuat hati, ataupun nak cherish every moment, ataupun macam budak-budak zaman sekarang punya expression 'watlek watchil watcool'. So aku pilih untuk senyum dan happy dan tak perlu kata apa-apa bila berada di bawah.

Pasal result sem 4, aku terima seadanya. Kau main-main, maka main-main jugaklah makan dia. Tahniah. Semoga sedar diri.







Tuesday, May 7, 2013

Reunite

Setelah 1 tahun 5 bulan tak hidu bau kentutmu, akhirnya

Welcome back to the place where you belong, brotha. 

And as what we were promised. Souvenirs ! 

And souvenirs 

Janji ditepati. Thanks. Thanks. And thanks. And welcome home :)

Thursday, May 2, 2013

Asleep

Sing me to sleep
Sing me to sleep
And then leave me alone
Don't try to wake me in the morning
'Cause I will be gone
Don't feel bad for me
I want you to know
Deep in the cell of my heart
I will feel so glad to go
-Morrissey,1987-

Pernah rasa kena pulau ? Tell me about it. Just nak tahu yang rasa tu sama tak dengan apa yang aku rasa sekarang. By the way, keep calm and listen to The Smiths. Dan lagu-lagu Raihan.


Monday, April 29, 2013

Throwback The Fourth Semester

#mushroom #KarnivalICT #bassist #dapatduit #mainhancur #pedulitaik

#PestaPenang #gegadis #ridingChallenger #tercabutjantung #boobs #bakhang

#BatuFeringghi #overnight #Mc'breakfast #Zaid #scandaltakjadi #takjadilah 

#DiplomainScience #Biology #DissectionofRat #eww #doctorkonon 

#TasikMelati #HappyBirthdayTikahSani  #sedapspaghetti #stoned #longride #bitches

#UniMAP #WangUlu #oldfriends #semestian #masihcomelsepertidulu 

#17FEB #PTVxSWSinKL #riot #merantauwarrior #habihduitwoi #puasasebulan #fuckyeah

#DinnerFacultyofBusinessManagement #DewanSriSemarak #Terukirdibintang #caripublisiti #kesian #takdibayar #makanfree 

#backstage #dressingroomwhoring #rockinpallazo #bajupinjamjesemua #cantik #siapa? #sayalah #kaubusuk  #retard #abahhang

#afterparty #bebudakinvestor #budaksciencesesat #awesomeshit #enjoy #sumpah #taktipu #thanksjemput

#bandmates #orkesnirwana #dakibukit #guapendek #fuckhigheels #aizatsamsudin #188cm #kpop

#KolejDahlia2 #3078 #HappyBirthdayNabee #thereyougobamboo #farewell #seeyounextsem 

So hashtag as it. Gua takde Instagram. Jadi bagilah can gua nak berangan kejap. At least gua berangan kat site sendiri. Apedehal.